dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Advokasi Sempena Program Transformasi Minda (PTM)

28 November 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2018, Pusat Internet telah mengadakan taklimat advokasi kepada peserta Pembantu Kolej Perubatan ILKKM, Kedah. Seramai 114 orang peserta telah terlibat dan mereka diberi taklimat berkaitan advokasi mengenai isu-isu semasa, permasalah dan jenayah di media sosial serta internet mengikut akta-akta kesalahan dibawah MCMC.

Ia adalah bertujuan untuk memberi kesedaran, tanggungjawab dan kewaspadaan kepada pengguna internet seterusnya mengetahui dan mematuhi isu keselamatan. Antara slot taklimat yang diberikan adalah pengenalan kepada internet dan sejarah kewujudan jalur lebar, taklimat Advokasi dan Klik Dengan Bijak (KDB) meliputi “Online Grooming”, maklumat palsu dan “oversharing”.

Aktiviti sampingan juga diadakan seperti pemeriksaan peranti “Check your label” dan “how to secure your password” keselamatan katalaluan. Kuiz kahoot turut diadakan dan sesi soaljawab bersama peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.