dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel E-Usahawan Bersama Giat Mara Alor Setar

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih Giat Mara Alor Setar untuk menjadi seorang bakal usahawan dan dapat menjalankan perniagaan secara atas talian. Antara modul yang dipelajari adalah melibatkan asas keusahawanan, analisis SWOT, rekacipta logo, online marketing menggunakan platform media sosial, teknik pengambilan foto dan penghasilan video produk.

Tenaga pengajar dari Pusat Internet (Maxis) telah memberi latihan dan panduan bagi kemudahan para pelatih untuk menimba pengetahuan sebagai asas dalam menjalankan perniagaan setelah tamat sijil kemahiran kelak.

Program ini adalah program tahunan kerjasama antara Pusat Internet (Maxis) dan Pusat Giat Mara Alor Setar yang mensasarkan latihan kepada pelatih dalam melahirkan usahawan muda yang berjaya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.