dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) Terlebih Kongsi

22 Oktober 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Oktober 2023, Sabtu Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gunung Hilir dengan kerjasama Masjid Nurul Iman, Gunung Keriang telah mengadakan Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) kepada anak-anak kariah Kampung Gunung Keriang. Pelajar yang terlibat adalah berumur 5 tahun hingga 16 tahun di perkarangan masjid tersebut. Anak-anak kariah ini yang mengikuti kelas agama, setelah tamat kelas pihak PEDi kemudian meneruskan program dimulakan dengan sesi pengenalan, perkhidmatan dan program-program yang telah diadakan.

Taklimat KDB bertajuk Terlebih Kongsi memberi peluang kepada pelajar untuk mengetahui kebaikan dan keburukan permasalah yang berlaku di internet. Sesi perkongsian juga menekankan kepada maklumat data peribadi termasuk penipuan dan penyalahgunaan data di media sosial dan internet. Sesi diakhiri dengan aktiviti dan juga kuiz KDB.Program ini telah memberi impak positif kepada komuniti kerana dapat membawa visi dan misi PEDi secara meluas kepada semua golongan tentang perkhidmatan dan program-program yang disediakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.