dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kelas Literasi Komputer Sekolah Rendah

8 April 2023 | Aktiviti Terkini

Pada 7 April 2023, seramai sembilan orang pelajar sekolah rendah telah menyertai Kelas Literasi Komputer iaitu Asas Pengenalan Komputer yang diadakan di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Gunung Hilir. Program ini yang berlangsung selama tiga hari telah melatih para pelajar tentang penggunaan IT dalam kehidupan seharian terutamanya dalam proses pembelajaran. Para pelajar diberi tunjuk ajar tentang pergenalan komputer seperti komponen komputer, carian maklumat di internet dan asas Ms Word.

Pemahaman ini penting sebagai persediaan awal untuk melangkah ke sekolah menengah dan untuk tujuan pembelajaran. Selain itu, para pelajar juga menyertai kuiz kahoot untuk menguji kefahaman dan fast typing bagi melihat kebolehan menaip dan mengenal fungsi papan kekunci. Para pelajar memberi maklum balas yang positif dan berhasrat untuk mengikuti lagi kelas ICT di masa akan datang. Taklimat Klik dengan Bijak (KDB) dan program ewaste KITAR turut diadakan dan mendapat sambutan yang memuaskan dan hasil pengumpulan telefon lama telahpun diserahkan kepada petugas PEDi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.