dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kursus Latihan Pengendali Makanan Sesi April

21 April 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 20 April 2024, telah berlangsung Kursus Latihan Pengendali Makanan dengan kerjasama NZ Bunga Venture bersama Pusat Sebaran Maklumat Nasional –NADI seluruh negeri secara atas talian. Kursus ini dikendalikan oleh tenaga pengajar Puan Nadiah kepada peserta NADI mahupun kepada peserta luar secara webinar bagi memudahkan mereka mendapatkan sijil sebelum bekerja atau mengendali makanan di premis.

Peserta yang mengambil kursus adalah bagi mengelakkan daripada didenda oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang terdiri daripada pekerja, penjaja mahupun berniaga dari rumah.

Kursus ini adalah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Pengendali makanan boleh didenda maksimum RM10,000 atau 2 tahun penjara jika disabit kesalahan tiada sijil pengendali makanan yang sah. Antara pengendali makanan adalah seperti kilang makanan, pusat jagaan atau tadika, restoran atau kedai makan, bakeri, kantin sekolah atau asrama, resort atau hotel, proses makanan dari rumah atau perniagaan makanan online, katering, penjaja makanan dan minuman, warga asing yang menjual makanan atau terlibat dengan makanan orang awam. Sijil ini adalah sah seumur hidup tanpa tarikh luput dan yuran dikenakan.

Kursus ini memberi kemudahan kepada pengendali makanan untuk mendapatkan sijil dan mengelakkan daripada didenda. Komuniti juga dapat menyertai kursus dan memperolehi sijil yang sah dengan kemudahan yang ada di NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.