dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Program Perkhidmatan Pintar NADI @ NADI MAHIR

5 Disember 2024 | Aktiviti Terkini

Pada bulan Disember 2024, telah bermulanya Program Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu NADI Mahir di seluruh Malaysia. NADI Mahir dilaksanakan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf kehidupan komuniti NADI yang melibatkan kursus fotografi, memasak, menjahit, pertanian pintar dan kemahiran membaiki gajet. Program ini adalah percuma kepada seluruh komuniti NADI.

NADI Kampung Gunung Hilir turut menjadi sebahagian dalam penyertaan NADI Mahir. Antara kursus kemahiran yang telah dijalankan pada bulan Disember ini ialah Mahir Fotografi, Memasak dan Membaiki Gajet. Kaedah pelaksanaan NADI Mahir ialah secara dalam talian selama 1 jam setiap minggu selama 3 hingga 6 bulan mengikut jadual yang dikeluarkan. Para peserta juga akan diberikan kit peralatan untuk praktikal semasa kelas berlangsung.

Namun pada sesi Disember 2024 peserta Mahir Fotografi, Memasak dan Membaiki Gajet menyertai kelas webinar di rumah berikutan NADI masih belum beroperasi sepenuhnya kerana terjejas akibat banjir pada 30 November 2024 yang lalu. Pemantauan kelas hanya dibuat melalui whatsapp dan portal MTS peserta yang menyertai program Mahir.

Secara amnya, diharap para peserta yang menyertai Program Pembelajaran Sepanjang Hayat iaitu NADI Mahir mampu meningkatkan sosio ekonomi mereka kerana para peserta telah diajar oleh pakar industri yang bertauliah dan akan memprolehi sijil.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.