dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Bengkel Asas Penggunaan Aplikasi Canva Peringkat Daerah Kota Setar

16 November 2024 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2024, Jumaat NADI Kampung Gunung Hilir dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kota Setar telah mengadakan Bengkel Asas Penggunaan Aplikasi Canva Peringkat Daerah Kota Setar. Seramai 20 orang pelajar dari SMK Seri Gunong telah menyertai program ini. Program ini berlangsung pada jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang di bilik latihan NADI Kampung Gunung Hilir.

Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan aplikasi Canva dan mengaplikasinya dalam pembelajaran harian. Selain itu, taklimat Kenali NADI juga turut diberikan oleh Pengurus NADI kepada pelajar di samping membuat saringan kesihatan dan pendaftaran MyDigital ID kepada pelajar, pegawai dan tenaga pengajar.

Program ini dapat mewarwarkan tentang perkhidmatan pintar kepada para pelajar seperti NADI-Nurture DiLea and e-Kelas dan juga berkaitan NADI-TinyTechies. Pelajar juga mendapat kelayakan keahlian secara percuma di NADI serta mendapat manfaat yang telah ditawarkan kepada mereka sepanjang bengkel berlangsung.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.