dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Karnival MaiREKA @Kedah 2024

2 Ogos 2024 | Aktiviti Terkini

Kedah Digital Centre (KDC) dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kluster Kota Setar sebagai rakan digital telah menyertai Karnival MaiREKA @Kedah tahun 2024 yang dilaksanakan secara sesi jelajah mengikut jadual yang dikeluarkan bermula 28 Julai 2024 hingga 25 ogos 2024 melibatkan sekolah-sekolah di Negeri Kedah yang terpilih bermula jam 9.00 pagi hingga 1.30 petang.

Pada 1 Ogos 2024, Sekolah yang disertai NADI Kampung Gunung Hilir adalah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra di daerah kubang pasu. Slot yang disediakan pihak NADI adalah modul Microbits, Drone dan Taklimat Klik dengan Bijak yang disertai oleh pengurus Kluster Kota Setar mengikut jadual yang disediakan secara serentak.

Program ini adalah kesinambungan STEM yang merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.