Program Perkhidmatan Pintar NADI MAHIR Masak
13 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Januari 2025, peserta Program Perkhidmatan Pintar bagi kursus NADI MAHIR Masak telah menjalankan kelas amali secara virtual di NADI. Antara menu yang dijalankan pada minggu ini ialah Pembuatan Air Kopi.
Kelas MAHIR Masak ini telah berlangsung selama 1 jam dan peserta membuat amali bersama tenaga pengajar secara atas talian. Peserta diberikan tugasan untuk membawa bahan-bahan untuk kelas amali pembuatan air kopi. Peserta telah belajar membuat minuman berasaskan kopi dengan kaedah penyediaan yang berbeza yang resepinya mudah dan menggunakan bahan yang berkos rendah. Peserta gembira kerana telah berjaya menyempurnakan tugasan yang diberikan.
NADI Mahir dilaksanakan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi tempatan serta meningkatkan taraf kehidupan komuniti NADI yang melibatkan kursus fotografi, memasak, menjahit, pertanian pintar dan kemahiran membaiki gajet. Program ini adalah percuma kepada seluruh komuniti NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: