Webinar Kempen Internet Selamat
14 September 2025 | Aktiviti Terkini
Pada Khamis, 13 September 2025 berlangsung secara atas talian Webinar Kempen Internet Selamat Siri 9/2025 – Nak Selamat Selalu, Media Sosial Stop Dulu. Webinar yang berlangsung selama 1 jam dari pukul 3 petang hingga 4 petang ini dibentangkan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib yang juga merupakan pensyarah di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Webinar ini dimulakan dengan definisi media sosial, keburukan dan bahaya media sosial, kesan terhadap remaja dan pelajar, tanda – tanda dan langkah keselamatan yang perlu diambil berat untuk mengelakkan keburukan media sosial kepada individu tersebut. Webinar ini diakhiri dengan kuiz Kempen Internet Selamat 2 – Awas Penipuan Nombor Telefon.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: