Nadi- E Sukan Tournament Season 3 (Peringkat Saringan)
3 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini
Pada hari Sabtu 2 Ogos 2025 telah berlangsung satu saringan Mobile Legend Musim Ke – 3 untuk tahun ini. Sesi bermula pada jam 9.30 pagi bagi pendaftaran kumpulan, kemudian para peserta diberi taklimat tentang saringan. Penyertaan adalah sebanyak 4 kumpulan dan 23 peserta. Sesi ini berakhir pada 3.30 petang dengan permainan sebanyak 6 pusingan.
Kumpulan KSF mendapat tempat pertama dan akan mewakili NADI Kampung Gunung Hilir untuk pertandingan peringkat NADI. Manakala, kumpulan V5SPORT di tempat kedua, New Players mendapat tempat ketiga dan She Devils mendapat tempat terakhir. Saringan diberhentikan seketika pada 1.30 petang hingga 2.00 petang untuk memberi ruang kepada peserta menunaikan solat Zohor dan berehat. Sesi bergambar juga dilakukan untuk melengkapkan sesi saringan beserta hadiah.
Saringan ini mendapat maklumbalas yang positif dari para peserta kerana mereka dapat menyertai tournament dan mendapat sijil untuk markah PAJSK. Mereka juga berpeluang untuk menjadi ahli NADI dan mengetahui lebih banyak aktiviti dan program di NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: