Live Class DiLea Tingkatan 4 & 5 Sesi April 2025
7 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada tarikh 6 hingga 10 April 2025, telah diadakan Live Class DiLea bagi pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. Kelas selama 4 hari ini, kecuali hari Rabu hanya berlangsung 1 jam sahaja bermula jam 3.30 petang hingga 4.30 petang selepas sesi persekolahan.
Kelas ini merangkumi empat subjek iaitu Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah, dan Bahasa Inggeris. Sepanjang satu jam Live Class, pengajar memfokuskan satu tajuk dan juga nota – nota yang diberikan dalam MTS.
Kelas Matematik yang memfokuskan Bab 2 bagi setiap tingkatan. Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris pula, pengajar menerangkan tentang nota – nota penting untuk menjawab kertas 1 dan kertas 2. Bagi subjek Sejarah, pengajar melakukan kuiz melalui Kahoot dan Quizziz untuk menguji tahap pemahaman pelajar.
Sesi Live Class sebegini sememangnya mendatangkan banyak faedah kepada pelajar yang tidak mampu untuk mendaftarkan diri di tuisyen luar kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan samada wang ringgit, masa dan kekangan pengangkutan. Memandangkan Live Class yang diadakan adalah percuma dan jarak NADI berdekatan dengan rumah pelajar dapat memudahkan mereka untuk memberi komitmen.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: