PROGRAM CUTI SEKOLAH @ NADI
23 Disember 2025 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 22 Disember 2025 telah berlangsung Program Cuti Sekolah @ NADI bagi sesi 2025 serentak di seluruh NADI Malaysia. Program tersebut bermula dari 22 Disember hingga 29 Disember 2025. Terdapat 9 program menarik yang ditawarkan dan NADI Kampung Gunung Hilir telah menerima sambutan baik dari komuniti terutamanya pelajar sekolah rendah.
Antara kelas tersebut adalah Dilea Tuisyen Rakyat Bersama Mr Algebra, Fun Lab Sains, siri Edusiber cybersecurity, kempen internet selamat iaitu permainan silang kata, jom mewarna dan detektif siber. Terdapat juga program esport permainan efootball mobile antara kelas yang menawarkan hadiah wang tunai bertanding di peringkat negeri dan johan negeri dapat terus mara ke peringkat kebangsaan.
Program cuti sekolah ini memberi peluang pada para pelajar untuk mengisi masa lapang dan boleh menarik minat mereka sertai sesi kelas akan datang. Cabutan bertuah dan sijil penyertaan ditawarkan bagi pelajar yang terlibat. Memandangkan rata-rata pelajar ada yang pulang ke kampung dan pergi bercuti bersama keluarga, namun masih ada sebahagian komuniti dapat mengisi masa lapang untuk singgah ke NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: