dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Kempen Internet Selamat Di SK Panglima Awang

9 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

"Adik-adik, pakai Internet tak pa, media sosial tunggu sat!" Itulah mesej utama yang disampaikan dalam pelaksanaan Modul Internet Selamat oleh MCMC Negeri Kedah di Sekolah Kebangsaan Panglima Awang, Kuala Nerang, pada 8 Julai 2025.

Seramai 245 orang murid tahap 1 dan tahap 2 telah menyertai sesi yang dikendalikan oleh 19 fasilitator dari NADI Kluster Padang Terap dan Kota Setar. Modul ini bertujuan mendidik para pelajar tentang penggunaan Internet secara selamat serta memberi kesedaran mengenai risiko media sosial, khususnya kepada mereka yang berumur bawah 13 tahun.

Masih ramai dalam kalangan murid yang tidak menyedari bahawa had umur untuk menggunakan media sosial adalah 13 tahun ke atas. Maka, mereka dinasihatkan untuk menangguhkan penggunaan platform tersebut demi keselamatan dan kesejahteraan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.