dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Live Class DiLea Tingkatan 4 & 5 Sesi Mac 2025

21 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 9 hingga 13 Mac 2025 dan 16 hingga 20 Mac 2025, Live Class DiLea bagi pelajar Tingkatan 4 dan 5 tahun 2025 telah diadakan mengikul jadual yang telah dikeluarkan. Kelas ini berlangsung selama 4 hari, 1 jam setiap sesi bermula jam 3.30 petang hingga 4.30 petang. Kelas ini merangkumi subjek Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah, dan Bahasa Inggeris. Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan pemahaman dan prestasi akademik pelajar tanpa mengganggu waktu persekolahan. Setiap kelas hanya menitikberatkan satu bab atau nota – nota yang ringkas dan padat untuk memudahkan pelajar memahaminya sepanjang sesi 1 jam kelas berlangsung.

Kelas Matematik yang memfokuskan bab 1 Fungsi dan Persamaan Kuadratik Dalam Satu Pemboleh Ubah untuk kertas 1 dan Kertas 2. Manakala Bahasa Melayu pula, para guru mengajar tentang nota ringkas kepada pelajar ketika menghuraikan ayat dalam karangan seperti mempunyai struktur karangan yang jelas yang dimulai oleh pendahuluan seterusnya isi – isi penting dan diakhiri dengan penutup. Bagi kelas Sejarah Bab 1 iaitu Warisan Bangsa Negara, tenaga pengajar menekankan kata kunci yang yang unik dan mudah diingat oleh pelajar. Untuk kelas Bahasa Inggeris, pelajar belajar mengenai maklumat yang penting ketika menulis email.

Begitu juga bagi pelajar- pelajar Tingkatan 5, mereka telahpun menduduki tuisyen disekolah namun masih mengambil peluang untuk hadir ke Tuisyen DiLea selepas tamat sesi tersebut. Kelas Matematik, Bahasa Melayu, Sejarah dan juga Bahasa Inggeris antara subjek diajar mengikut tingkatan masing-masing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.