dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai PEDi
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim PEDi
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Webinar Lindungi Identiti Digital Anda

14 Jun 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Jun 2025 bersamaan hari Jumaat, NADI X Cybersecurity telah menganjurkan sebuah webinar secara atas talian yang berlangsung selama satu jam tiga puluh minit. Sesi ini telah disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan, seorang Jurutera Keselamatan Siber berpengalaman dengan lebih 14 tahun dalam bidang keselamatan siber.

Sepanjang sesi ini, para peserta telah diberikan pendedahan terhadap pelbagai isu keselamatan digital yang semakin kritikal, termasuk kebocoran data, ancaman dalam dark web, aspek-aspek utama keselamatan siber, perundangan yang berkaitan, serta pendekatan LTLR (Less Target, Less Risk) sebagai langkah mitigasi risiko serangan siber. Encik Izzat turut menyampaikan demonstrasi secara langsung berkaitan teknik keselamatan digital dan contoh-contoh serangan siber sebenar yang pernah berlaku.

Webinar ini terbuka kepada semua ahli NADI dan amat bertepatan dengan objektif Perkhidmatan Pintar yang ditawarkan oleh NADI. Secara keseluruhannya, program ini telah memberi kesedaran dan pengetahuan yang berguna kepada para peserta, khususnya dalam meningkatkan tahap kewaspadaan pengguna media sosial semasa berkongsi maklumat dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.