dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Mahir Masak Minggu Ke-5

14 Februari 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 13 Februari 2026, dua orang peserta kelas Mahir Masak telah menjalani amali memasak sos pizza yang dikendalikan oleh Cikgu Ros, tenaga pengajar Mahir Masak. Para peserta turut dibantu oleh petugas NADI dalam mengendalikan beberapa perkakasan dapur yang terdapat di NADI seperti dapur induksi dan ketuhar.

Minggu ini merupakan minggu kelima kelas Mahir Masak, yang memberi tumpuan kepada penyediaan sos pizza sahaja. Proses membakar doh pizza pula akan dijalankan pada minggu ketujuh. Memandangkan minggu ketujuh bertepatan dengan bulan Ramadan bagi umat Islam, para peserta telah meneruskan aktiviti membakar pizza selepas tamat kelas. Pizza yang telah siap dibakar kemudiannya dinikmati bersama-sama peserta dan petugas.

Perkhidmatan pintar ini memberi nafas baharu kepada komuniti untuk mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh mereka. Selain itu, program ini turut membuka peluang kepada komuniti untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.