Lawatan Kerja Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Zulkifeli Mohd Zin Ke Nadi Kg Gunung Hilir
22 Februari 2026 | Aktiviti Terkini
Pada 21 Februari 2026, Sabtu NADI Kampung Gunung Hilir telah menerima lawatan kerja daripada Tan Sri Jeneral Dato' Sri Zulkifeli Mohd Zin, Ahli Suruhajaya MCMC. Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah pegawai-pegawai MCMC Ibu Pejabat Negeri Kedah, wakil Maxis serta pengurus-pengurus NADI Kluster Kota Setar.
Lawatan yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu bertujuan untuk meninjau pelaksanaan operasi dan perkhidmatan di NADI Kampung Gunung Hilir, Alor Setar. Sepanjang sesi lawatan, Pengurus NADI Kampung Gunung Hilir telah memberi taklimat berkaitan pelaksanaan program-program Perkhidmatan Pintar yang telah dijalankan di NADI.
Selain itu, beliau turut meninjau kawasan persekitaran NADI serta beramah mesra dengan para peserta yang sedang mengikuti program perkhidmatan pintar pada hari tersebut. Dalam lawatan tersebut, beliau juga berpeluang untuk daftar MyDigital ID serta menjalani pemeriksaan kesihatan kendiri melibatkan bacaan gula, tekanan darah dan BMI.
Lawatan ini diharap dapat menambahbaik perkhidmatan dan operasi serta pengurusan di NADI bagi meningkatkan mutu perlaksanaan perkhidmatan NADI kepada komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: