dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Pertandingan MLBB NADI Kedah 2026 Musim 4

22 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Ogos 2026, Pihak NADI E-Sport Kedah telah mengadakan Pertandingan MLBB NADI Kedah 2026 Musim 4. Sebanyak 81 kumpulan daripada 81 NADI di seluruh Kedah telah menyertai pertandingan ini dan salah satu kumpulan adalah dari NADI Kampung Gunung Hilir.

Pertandingan ini disertai oleh seramai 5 orang pemain yang mewakili Pakku Team dari NADI Kg Gunung Hilir. Pasukan ini telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang pertandingan dalam menghadapi saingan daripada 6 kumpulan dari NADI lain.

Pertandingan ini bukan sahaja menjadi platform untuk menguji kemahiran dan strategi pemain dalam permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), malah turut menggalakkan semangat berpasukan, komunikasi serta kerjasama antara ahli pasukan. Setiap pemain memainkan peranan masing-masing bagi memastikan pasukan dapat memberikan saingan yang terbaik sepanjang pertandingan.

Penyertaan dalam pertandingan ini diharapkan dapat memberikan pengalaman yang bermakna kepada para pemain serta menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti e-sukan yang sihat dan kompetitif. Selain itu, program sebegini turut membuka peluang kepada peserta untuk membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi dan semangat kesukanan melalui persaingan secara positif.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.