Kempen Internet Selamat Di SK Teluk Kechai
27 Januari 2026 | Aktiviti Terkini
Pada 26 Januari 2026 , jam 8.20 pagi hingga 9.20 pagi, NADI Kluster Kota Setar telah menjayakan Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaaan Teluk Kechai. Ia adalah kesinambungan kempen dari sesi 2025 bagi sekolah-sekolah dibawah kluster Kota Setar. Seramai 350 pelajar tahap 2 telah terlibat dengan kempen tersebut di dewan sekolah bersama-sama guru pengiring.
Sesi yang dikendalikan oleh 5 fasilitator NADI dengan 5 modul pengajaran. Kempen ini dapat memberi peluang dan pendedahan awal kepada para pelajar untuk mendapat kesedaran awal tentang risiko pelajar yang berumur 16 tahun kebawah tidak boleh memiliki akaun media sosial.
Sesi berakhir dengan kuiz dan sesi soal jawab beserta dengan sesi bergambar bersama para pelajar. Kempen ini juga diselitkan dengan perkhidmatan pintar di NADI bagi program pelajar sekolah rendah. Keseluruhan program, para memberi reaksi positif kerana mendapat ilmu dan sedikit cederahati.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: