dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Gunung Hilir, Kedah
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Booth Kdb Sempena Hari Terbuka Pusat Sains Wilayah Utara

10 April 2016 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan supaya komuniti mendapat pendedahan tentang Program Klik Dengan Bijak serta memperkenalkan fungsi dan peranan PI dengan lebih luas. Mendedahkan tujuan PI kepada orang ramai supaya mengetahui kewujudan dan perkhidmatan serta memahami peranan PI kepada komuniti.

Berikut adalah butir-butir yang berkaitan dengan aktiviti :
Tarikh : 9 April 2016 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – 12.00 t/hari
Tempat : Pusat Sains Wilayah Utara
Anjuran : Kerjasama PI Gunung Hilir, Jerlun dan Kodiang

Tujuan Program diadakan :
Sempena “Hari Terbuka Pusat Sains Wilayah Utara” satu Booth Klik Dengan Bijak (KDB) telah diadakan dengan kerjasama PI Gunung Hilir, Jerlun dan Kodiang. Ia bertujuan untuk mempromosi Program Klik Dengan Bijak dan PI kepada pelajar dan komuniti yang hadir. Pelbagai informasi dan promosi dianjurkan kepada pengunjung yang hadir untuk mendapatkan perkhidmatan PI. Selain itu, kami juga menyediakan goodies untuk pengunjung yang layak setelah menjawab beberapa soalan kuiz KDB dari pihak PI

Berikut antara perlaksanaan aktiviti :
Program/modul yang dijalankan:
• Taklimat ringkas mengenai Program KDB untuk mempromosikan ‘Kempen Klik Dengan Bijak’ kepada orang ramai.

• Promosi PI kepada pengunjung yang mendaftar sebagai ahli dan kelas ICT.

• Pelbagai soal jawab/kuiz KDB yang disediakan kepada pengunjung dengan beberapa tayangan video KDB.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.